Zaman sekarang amat mudah untuk sesiapa sahaja menjadi usahawan berjaya; baik muda atau yang tua. 

Meskipun ia nampak mudah, tahukah anda kejayaan sebegitu tidak berlaku dalam satu malam sahaja. Perlunya seseorang individu yang kental untuk menghadapi pelbagai risiko.

Selalu orang beranggapan dengan hanya mempunyai wang yang banyak untuk dijadikan sebagai modal, bisnes boleh terus dimulakan. 

Risiko dalam perniagaan ini sangat banyak, tidak semua boleh hadapi naik dan turun dalam bidang ini. Tambahan pula apabila ekonomi negara pada masa sekarang tidak memuaskan.

Oleh itu, menjadi usahawan berjaya memerlukan individu yang faham ia memerlukan lebih daripada apa yang di sangkakan. Jom kita lihat apa tip persediaan sebelum memulakan bisnes.

4 Tip Sebelum Memulakan Bisnes

  1. Buat Persiapan Diri

Langkah pertama dalam memulakan bisnes ialah mempunyai kemahiran dalam mentadbir syarikat dan pekerja anda. 

Begitu juga dengan kemahiran dan pengalaman mengenai bidang perniagaan anda ingin ceburi, barulah anda boleh jalankan perniagaan dan ambil pekerja. 



Tanpa ini, anda mungkin tidak mengetahui skop kerja yang pekerja anda perlu lakukan dan tidak dapat membantu mereka sekiranya ada kesilapan berlaku.

  1. Rancang Kewangan Syarikat Anda

Untuk memulakan perniagaan, kewangan yang mencukupi sangat memainkan peranan dalam operasi perniagaan.

Penggunaan kewangan yang bijak memastikan bisnes anda berjalan dengan lancar. Ada kaedah yang anda boleh guna pakai untuk merancang dan mengetahui keluar dan masuk kewangan tersebut.

Apakah kaedahnya?

  • Belanjawan: Rancangan kewangan tahunan syarikat anda
  • Jangkaan: Ramalan dan analisis sesuatu peristiwa/keadaan masa hadapan yang perniagaan akan hadapi.
  • Analisis: Periksa aliran keluar dan masuk kewangan syarikat


Daripada kaedah-kaedah ini, perlu diingat – perancangan kewangan perniagaan akan melalui 2 proses penting iaitu merancang masa hadapan dan mengambilkira prestasi perniagaan.

  1. Lokasi & Premis Perniagaan Strategik

Pemilihan tempat perniagaan anda memainkan peranan penting dalam membuka peluang untuk bisnes berkembang maju.

Jadi, dapatkan maklumat-maklumat yang penting mengenai ciri-ciri setiap lokasi yang bertepatan dengan bisnes anda sebelum memilih lokasi yang sepatutnya. 



Boleh juga rujuk kepada MARA, pihak berkuasa tempatan dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk memudahkan kerja pencarian premis. 

  1. Ikuti Latihan Keusahawanan

Banyak agensi tempatan menyediakan kursus, latihan dan bengkel untuk membantu usahawan tempatan membangunkan perniagaan mereka dan pengetahuan.

Kementerian atau agensi yang menyediakan khidmat ini ialah:

  • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
  • SME Corp. Malaysia

4 Cabaran Sebagai Usahawan

  1. Terlalu Selesa

Mungkin anda beranggapan maksud untuk tidak terlalu selesa hanya terpakai untuk situasi semasa bisnes sedang berjalan lancar dan beri keuntungan.

Apa yang anda perlu ambil lagi serius – jangan selesa dengan untung cukup makan! Tambahan pula bila anda sedang menghadapi masalah. 



Anda akan menghadapi risiko ketinggalan kerana tidak cuba untuk maju dalam bisnes. Situasi ini anda boleh lihat di sekeliling anda.

Ambil contoh seperti Nokia dan Kodak yang dahulunya sangat popular tetapi susah kelihatan di pasaran kini atas kesilapan tidak mengikut trend relevan di pasaran.

Bahkan bisnes besar seperti mereka boleh jatuh sebegitu rupa, apatah lagi yang masih baru di pasaran.

  1. Cabaran Integriti dan Kepercayaan

Sekarang ini susah untuk mana-mana usahawan mengekalkan sikap integriti dalam diri. Kebanyakan suka mengambil jalan mudah, asalkan produk atau servis mereka menjadi pilihan.



Berkongsi review palsu dan spam adalah cara singkat yang diambil supaya pesaing jatuh. Asal produk mereka viral, mereka butakan sahaja mata mereka. 

Perlu diingat, populariti pada waktu singkat tidak menjamin kelangsungan bisnes dalam jangka masa panjang.

  1. Sumber modal

Dengan harga bahan mentah dan kos pengurusan yang semakin meningkat, semakin susah bagi bisnes untuk berkembang maju. 

Memang banyak agensi kerajaan yang memberi bantuan untuk memulakan bisnes, tetapi ia tidak mampu menampung 100%.

Selebihnya perlu dipinjam daripada bank. Jika perniagaan bernasib baik, usahawan boleh mendapatkan pinjaman. Jika sebaliknya, usahawan terpaksa menanggungnya sendiri.

  1. Pesaing Semakin Kreatif

Jika anda merasakan produk anda lebih istimewa dan harga berpatutan, anda perlu berhati-hati. 

Zaman ini merupakan zaman semuanya online. Jika diperhatikan secara skop luas, banyak produk yang kelihatan lebih menarik dan jauh lebih murah daripada anda. 



Capaian pelanggan mereka lebih dekat daripada anda. Jadi, anda perlu sedar untuk tidak ‘syok sendiri’ dan ambil peluang untuk sentiasa tampilkan idea baharu.

5 Ciri-Ciri Usahawan Berjaya

  1. Inisiatif

Menjadi seorang yang inisiatif memerlukan anda sanggup melakukan sesuatu dengan sendiri, walau ia sangatlah berisiko tinggi.

Dalam bisnes, kegagalan itu satu peluang untuk anda mencuba dan terus mencuba tanpa mengaku kalah. Terus komited dengan kerja anda sehingga capai hasil.

Apabila seorang ketua mempunyai sikap begini, lantas menjadi contoh kepada pekerjanya untuk buat yang terbaik dalam kerja mereka.

Pekerja yang baik cerminan ketuanya.

  1. Akauntabiliti

Apabila anda jujur dan bertanggungjawab dengan bisnes anda, pelanggan akan yakin dan percaya dengan produk atau servis anda.



Keuntungan bisnes anda datang daripada pelanggan anda sendiri. Kepercayaan pelanggan terhadap bisnes anda menentukan ketahanan perniagaan anda dalam industri.

Oleh itu, letak kepentingan komuniti anda sebagai keutamaan sebelum memikirkan keuntungan.

  1. Task-Driven

Usahawan yang berjaya adalah individu yang melakukan sesuatu dengan teliti dan mahukan result yang bagus terhadap kerja mereka.

  1. Kreatif & Inovatif

Perlunya seorang usahawan mencipta idea-idea baharu dan inovasikan idea tersebut kepada sesuatu yang membawa kepada perkembangan bisnes.

Usaha berterusan untuk kekal dalam pasaran dan sampai kepada pengguna turut menjadi sesuatu yang penting dalam kerjanya.

  1. Ambil Risiko

Kejayaan bukan sesuatu yang datang bergolek. Tetapi, ia datang dari kesungguhan dan sikap komited untuk terus mengambil risiko demi mencapai kejayaan.

Risiko dalam bisnes adalah sesuatu yang susah dijangka. Ia memerlukan seseorang yang kental untuk melaluinya.



Menjadi seorang usahawan memerlukan lebih daripada mempunyai idea yang baik. Iaitu seorang yang mahu mengambil risiko, ambil peluang dan jujur.

Semua orang mempunyai bakat yang berbeza-beza. Tetapi, menjadi usahawan memerlukan lebih daripada itu. Tidak cukup hanya bakat tetapi inisiatif yang tinggi.

Selaras dengan era dimana bisnes perlu pendigitalan untuk terus berkembang maju, agak mencabar bagi yang mulanya berniaga secara tradisional.

Kredit
https://bixwealth.com