Apabila stok tidak laku, tindakan yang diambil dapat memberi impak besar kepada aliran tunai dan keberkesanan perniagaan. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh diambil untuk mengatasi masalah stok tidak laku:



1. Penyelidikan Pasaran

Mula dengan mengenal pasti punca sebenar masalah stok tidak laku. Adakah ia disebabkan oleh kurangnya permintaan pasaran, kekurangan pemasaran, atau faktor lain? Penyelidikan pasaran yang teliti akan membantu dalam merancang strategi yang lebih berkesan.

Sebagai Contoh: jika produk anda adalah pakaian kanak-kanak yang tidak laku, lakukan tinjauan pasaran untuk mengenal pasti trend terkini dalam fesyen kanak-kanak. Kemudian, pertimbangkan untuk mengubah rekaan produk agar lebih menarik minat pelanggan.



2. Peningkatan Pemasaran:

Ubah pendekatan pemasaran dengan menggantikan iklan yang tidak berkesan dengan kaedah yang lebih efektif. Gunakan pengaruh pengiklan atau influencer, tingkatkan kehadiran dalam platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan TikTok, serta berikan tawaran istimewa yang menarik perhatian pelanggan.

Sebagai Contoh: Mungkin boleh membuat kerjasama dengan influencer tempatan yang popular dalam kalangan ibu bapa untuk mempromosikan pakaian kanak-kanak anda. Selain itu, hasilkan kandungan yang menarik seperti video tutorial cara berpakaian yang dapat menarik perhatian pelanggan sasaran.



3. Pertimbangan Tempat dan Display:

Tukar display produk ke tempat yang lebih strategik dalam kedai untuk meningkatkan ketramplilan dan daya tarikan. Letakkan produk di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan, seperti rak hadapan atau ruang pameran utama.

Contonya: Jika perniagaan anda adalah kedai pakaian, pindahkan stok yang tidak laku ke rak hadapan atau mannequin yang menarik perhatian pelanggan yang berpose dengan gaya yang dinamik atau elegan, atau memakai aksesori yang menarik seperti syawl, topi, atau kasut yang serasi dengan pakaian yang dipamerkan. Buatlah kemasan yang menarik dan dapat menarik lebih perhatian pelanggan.



4. Clearance Sales dan Promosi:

Membuat clearance sales pada tarikh yang sesuai, seperti hari gaji, dan promosikan dengan teaser yang menarik dan reach yang meluas di semua platform. Berikan tawaran istimewa seperti diskaun besar, harga belian bundle, atau freegift untuk menarik minat pelanggan.

Contohnya: Anjurkan “Back-to-School Clearance Sale” pada musim bakal pembukaan sesi persekolahan. Promosikan dengan flyers, pengiklanan di media sosial, dan siaran email kepada pelanggan setia.



5. Galakkan Pembelian Borong:

Membuat tawaran khas kepada ejen dan pemborong untuk membeli stok dalam jumlah besar. Ini boleh merangsang pembelian dalam jumlah besar yang dapat membantu mengosongkan stok yang tidak bergerak.

Contoh: Tawarkan diskaun yang signifikan kepada butik-butik tempatan yang berminat membeli stok dalam jumlah besar. Contohnya, tawarkan diskaun 30% – 50% untuk pembelian lebih dari 50 pasang pakaian kanak-kanak.



6. Mengetengahkan Nilai Produk:

Pastikan bahawa pelanggan melihat nilai produk anda walaupun dalam jualan clearance. Fokuskan pada kelebihan dan keunikan produk serta kelebihan dari tawaran istimewa yang diberikan.

Contoh: Jika produk anda adalah produk kecantikan organik yang tidak laku, fokuskan pemasaran pada kebaikan bahan-bahan organik dan kesan positifnya terhadap kulit. Buat kandungan media sosial yang memberi penekanan kepada kebaikan produk anda.



7. Komitmen dan Kesabaran:

Teruskan usaha dalam mencari penyelesaian. Komitmen dan kesabaran adalah kunci kejayaan dalam mengatasi masalah stok tidak laku.

Contoh: Teruskan mengambil tindakan dan mencari peluang baru walaupun hasilnya tidak langsung kelihatan. Buat perubahan yang diperlukan berdasarkan maklum balas pelanggan dan data jualan.



    Dengan mengambil langkah-langkah yang tepat dan kreatif, masalah stok tidak laku dapat diatasi dengan berkesan. Sentiasa komited untuk terus berusaha dan berinovasi untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan anda.

    Kredit: Muhadis Rahman