“Bisnes saya ni slow sangat progress, kenapa saya tengok pesaing buat boleh jer capai sales tinggi-tinggi… Saya ni dah sedaya upaya cuba, tapi sales macam tu la jugak”
Haaa, ramai yang ada isu macam ni betulkan? Bukan nak cakap bisnes yang korang buat tak bagus, tapi cuba salahkan pada diri sendiri, sebab diri sendiri yang manage bisnes tu. Mesti ada sesuatu yang tak kena dan perlu korang ubah dan upgrade.
Andai tiada perubahan, tiada lagi masa untuk korang mencuba benda yang sama sahaja. Korang perlu buat tindakan pantas bukan sekadar duduk termenung fikir tentang masalah. Kena fikir something untuk buat bisnes jadi lebih WOW gitu!
Di sini ada beberapa point untuk rujukan korang supaya bisnes yang korang buat akan mendatangkan hasil & bukan datangkan kerugian. Ni dah ready ker dah ready? Jangan lupa share ilmu ni pada kawan-kawan lain sekali ya.
1 – Bisnes Tiada Keunikan
Dalam bisnes, nak nampakkan kelainan bila bersaing, korang perlu fokus bab wujudkan KEUNIKAN. Kalau korang tak fikirkan tentang perkara ni, sekejap je pesaing cantas bisnes korang.
Cuba sit down dengan team atau define dengan bertanya pada pelanggan sekali sekala, apa yang mereka nampak unik dalam bisnes yang korang buat tu.
Sama ada daripada segi ‘layanan’, produk tu sendiri unik atau apa? Itu yang korang patut tahu, dan gandakan lagi menjadi lebih 10x keistimewaan & keunikan.
2 – Bisnes Takde Orang Tahu
Ini kritikal sangat-sangat bila orang tak tahu apa yang korang buat, senang cerita bisnes korang ni macam tak wujud. Fuhh, pedih tu gais! Korang kena lakukan sesuatu supaya bisnes korang kerap orang nampak.
Jari jalan untuk create awareness tentang bisnes anda. Bina personal branding, produk branding dan sebagainya.
3 – Bisnes Tiada Sempena
Okay ni point yang terakhir untuk korang dapat manfaat dan buat bisnes korang menjadi lebih WOW. Ni nak bagitahu ni, perasan ke perasan kebanyakan bisnes luar negara bila buat “promotion” mesti ada “sempena” mereka yang tersendiri.
Sebagai contoh sempena “Black Friday”, “Krismas” dan pelbagai lagi. Kenapa korang tak buat benda yang sama? Kesilapan peniaga sekarang, ramai yang buat promotion tiap-tiap hari ada discount. Tiada apa-apa yang special, tiada apa-apa sempena pun. Pelanggan sampai tak terkejar dengan pelbagai diskaun dan jualan murah dahhh!
Cuba korang ubah dan buat sedikit tarikan, buatlah promosi sempena meraikan sesuatu. Tak kisah lah sempena birthday anak ker, sempena anniversary ker atau sempena hari raya ker. Semua boleh dibuat, yang penting ada menampakkan kelainan dan keunikan. Barulah bisnes jadi lebih Wow raih sales!
Dapat ke dapat?
Semoga Info ini membantu.
Sila share artikel ini semoga dapat memberi manfaat kepada ramai lagi usahawan online lain.
Kredit ; Coach Muhadis
Dapatkan banyak lagi Ilmu / Tips Berniaga di FB
Join Personal Coaching Coach Muhadis