Sekarang ni ramai yang anggap status “Ejen” je mesti buat sales sikit dan susah nak berjaya.. Mesti sales biasa-biasa jer..
Guys dengar ni, walaupun korang cuma Ejen, Stokis atau dropship sekali pun, korang boleh berjaya.. Boleh buat sales yang tinggi..
Percaya lah!
Jadi jangan anggap korang bukan Founder, hanya sekadar ejen atau dropshiper, korang tak boleh berjaya. Kat sini ada beberapa point penting yang boleh korang apply dalam perniagaan/ marketing strategi supaya boleh berjaya macam founder!
1 – Unik
Kenapa unik ni penting walaupun korang sebagai ejen? Ni nak tanya ni, ramai ke ramai ejen bersaing? Agak korang kalau semua sama, pelanggan akan beli dekat siapa?
Haa, kalau bukan beli dengan kita, pelanggan akan beli dengan pesaing sebabnya pelanggan hanya nampak korang semua ejen yang sama.
Jadi Ingat guys, usaha sedaya upaya supaya orang beli dengan kita..
Jadi apa unik yang korang nak bawakan tak kesah lah, pada personal brand ker ataupun brand produk yang korang buat. Kalau boleh jangan pakai nama brand yang sama macam ejen lain ya!
2 – Tahu Peranan ataupun Tugas
Agak-agak apa tugas korang sebagai ejen? Sekadar nak jalankan produk orang lain sebab dah jadi ejen ke… ataupun korang berfikir dengan anggap bisnes ni bisnes korang sendiri?
Sebenarnya korang patut fikir bisnes ni adalah bisnes sendiri walaupun korang pasarkan produk orang lain. Ehh cukup bagus tau jadi ejen ni, tak perlu nak fikir macam mana nak buat produk tu. Cuba tanya mana-mana founder senang ke susah jadi founder ni?
Silap-silap founder tu sendiri not found beb! Jadi tugas korang kena buat macam bisnes sendiri dan marketingkan sendiri produk tu, tak perlu nak tunggu marketing dari HQ semata-mata..
3 – Part Time vs Full Time
Part time ke full time?? Cuba korang fikir ni, kalau dengan part time boleh buat RM10,000 agak-agak kalau full time boleh dapat berapa?
Kebanyakan ramai ejen hanya sekadar buat biasa-biasa. Orang kata hanya untuk cari duit sampingan.
Korang kena define korang buat bisnes ni untuk siapa, apa impian dan matlamat sebenar untuk korang capai. Ini penting supaya mindset korang berubah dan tingkatkan usaha lebih berganda untuk kejar sales. Faham ker faham ni?
4 – Buang Segan Dengan Keadaan Sekeliling
Yela dah kata bisnes diri sendiri kan, jadi buang perasaan MALU tu. Open mindset, bila kita buat benda yang kita tak pernah buat, kita akan dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat.
Sebagai contoh kalau korang nak buat FB Live, then tak perlu rasa segan tau.. Buat jer! InsyaAllah dengan usaha korang ni akan dapat hasilnya pada hari akan datang. Yang paling penting adalah usaha. Belajar ilmu FB live yang tepat. Okay ke okay ni?
5 – Level Ilmu
Ni point yang terakhir iaitu level ilmu. Sebenarnya lagi banyak ilmu yang kita ada, lagi tinggi peluang untuk kita jana income dengan lebih banyak.
Lagi bijak kita nak buat teknik marketing yang betul. Malah lagi confident kita nak tembus pasaran di mana2 sahaja. Pendek kata korang tahu macamana cara nak uruskan bisnes dengan betul. Banyak teknik sudah berada dalam genggaman korang. So semua akan jadi mudah!
Semoga Info ini membantu.
Sila share artikel ini semoga dapat memberi manfaat kepada ramai lagi usahawan online lain.
Kredit ; Najib Assadok
Sertai sesi Roket Pemasaran Momentum (RPM) Nak Tarik Pelanggan & Capai RM10,000 Pertama Edisi Khas Ejen Najib Assadok di sini→ www.naktarikpelanggan.com
Dapatkan banyak lagi Ilmu / Tips Berniaga di FB
Join Personal Coaching Coach Muhadis